Thursday, October 7, 2010

Big boys don't cry..

Semalam, elok2 saja nk save assignment, saya dapat kol dari mak..
Panggilan pada pukul 1.30pg, mesti membawa sesuatu makna, n beri impak dlm hidup.
Tepat 4jam 15 sebelum tu, saya sudah dpt panggilan dari mak,

"ni nk bgtau, nyang masuk wad 2 hari dh. sbb penat. dulu bawak p klinik, doktor suruh bawak p hospital.
tp ni dh ok dh. esok boleh balik dh. x da apa2 la. sihat2 ja"

Lega hati ni dengar berita bahawa kurang2, nyang sihat.

Bila dapat panggilan pukul 1.30pg, mmg hati ni x boleh elak dr brfikir, ni tentu berita buruk..

bercakap di sana, mak.. dlm nada sedih+menahan sebak+trkejut
"ni, nyang dh x dak.. baru ja td"
Ya Allah.. trsentak hati ni. serta merta, trpaku, lidah trkelu.
"Innalillah.." saya ucap sbagai pringatan pada diri juga.

Jadi, saya pun trus bersetuju dgn mak nk balik dgn pak long majdi (long di) mlm tu jugak. terus saya kemas barang. apa yg saya dpt ambik, saya ambik.. pukul 5 trus balik perlis.

Alhamdulillah, saya sempat sampai utk mandi Arwah, n tolong2 apa2 yg patut.. berbakti buat kali terakhir untuk Arwah. Alhamdulillah, tiada apa2 berlaku, n arwah selamat dikebumikan di sebelah pusara isterinya, nyang tam saya selepas zohor.

Arwah hidup selama 97 tahun (jika ikut ICnya la..) tp, atuk slalu ckp, umur arwah dh 100++ sebenarnya.
Arwah sihat dan gembira, tiada gundah, tiada kesedihan, selama, dan sebelum menghembuskn nafas trakhir.
Saya dapat tahu dari mak2 sedara, ada pun, Arwah sgt sihat sebelum tiba2 nazak. masa mak kol pukul 9.15, semua anak beranaknya dlm hospital sedang tumpang gembira dgn arwah sbb doktor luluskn arwah utk balik esoknya. Arwah sgt gembira mlm tu..
Arwah adalah org yg sgt berpengelaman, atas faktor usianya. Cebis2 nasihat x pernah lekang darinya, utk dikongsi pada cucu ciciknya yg ramai.Tiap cucu cicik yg berkunjung, tentu x jemu utk Arwah kongsi nasihatnya, sebagi bekalan kami yg merantau di tempat org.

Tp, Allah lebih sayangkn nyang me'e (Ismail b. Hussin).. Moga, pemergian arwah dlm bulan penuh Rahmat, Syawal ni, diredhai dan penuh kerahmatan..

Seperti cucu ciciknya yg lain, saya tabah dgn pemergiannya. Arwah tetap tidak suka menyusahkan sesiapa, even sebelum pemergiannya.. Dia pergi dgn menanamkn rasa "Aku tak apa2" pada semua ahli keluarganya

Gambar terakhir saya & arwah, 1 Syawal 1431H

"Ya Allah, tempatkanlah nyang bersama2 dgn para Solihin, para Anbia, dan para Hamba-Mu yg beriman. Permudahkanlah hitungan-Mu, limpahkanlah Rahmat, Kasih Sayang-Mu untuknya."

AL-Fatihah

No comments:

Post a Comment